BERHENTI MEROKOK

Wednesday, January 28, 2009

PENYATA BARNES

Suatu Tinjauan Pasca-Sejarah



"Pelajaran Melayu wajib menggalak serta membolehkan orang-orang Melayu mencapai tempat yang hak di samping kaum-kaum lain dalam masyarakat berbilang bangsa di Malaya.... satu matlamat yang selayaknya diperolehi bagi bangsa yang pada saat ini sedar akan kedudukannya di ambang untung nasib yang lebih gemilang".

PENYATA BARNES


Malaysia (dahulunya Tanah Melayu atau Malaya),seperti juga negara-negara Asia dan Afrika yang baru bebas daripada belengu penjajahan bangsa Eropah (khususnya British) berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan. Namun, yang paling bermasalah besar dan penting ialah pelajaran.

Melalui pelajaran amat diharapkan untuk menyelesaikan soal-soal yang rumit yang diwujudkan oleh peninggalan kolonialisme yang memakan masa melebihi 10 dekad yang lampau.



Terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh Malaysia disekitar 1960-an. Antaranya ialah masalah kemiskinan,kepincangan produktiviti ekonomi,buta huruf,kekalutan politik perkauman, penyakit dan sebagainya.Tegasnya, hanya pelajaran. sahaja yang dapat dijana untuk pembinaan semula masyarakat atau "social reconstruction".

Akan tetapi, Malaya atau Tanah Melayu sewaktu itu memperlihatkan pergolakan yang lebih aneh dan menarik, iaitu:



PERTAMA

Struktur penduduk yang berbilang bangsa, bahasa dan agama serta adat kebudayaan menjadikan negara ini menadapt perhatian negara-negara lain untuk melihat sejauh mana kejayaan menyatupadukan rakyat melalui pelajaran.


KEDUA

Masalah pelajaran. diMalaya ini sebenarnya sudah menjadi amat kompleks kerana sudah bercampur-aduk dengan politik. Ini dihasilkan oleh kesedaran dan kebangkitan kebangsaan yang tercetus semasa pendudukan Jepun pada tahun 1940-an.Kesedaran kebangsaan terus bersemarak hasil tindakan Sir Harold MacMichael memandai-mandai menggugat kedudukan dan kedaulatan Sultan Melayu terutamanya di kalangan orang Melayu.



Selepas diumumkan Penyata Cheesemen pada tahun 1946, dengan desakan orang Melayu terutamanya golongan guru, maka ditubuhkan Jawatankuasa Barnes untuk mengkaji sistem pelajaran Melayu. Kemudian dibentuk pula Jawatankuasa Fenn-Wu (1951) bagi memenuhi tuntutan orang Cina. Bertolak dari ini, terbentuk pula Ordinan Pelajaran 1952 bagi menyatukan semua bangsa dalam satu sistem pelajaran yang tunggal.



Kerajaan Perikatan yang berjaya dalam pilihanraya yang pertama telah membentuk penyata pelajaran yang bercorak nasional iaitu Penyata Razak pada tahun 1956. Sebuah jawatankuasa menyemak sistem pelajaran ditubuhkan dan telah menghasilkan laporan Rahman Talib

Penyata Razak dan laporan Rahman Talib adalah merupakan suatu piagam pelajaran Tanah Melayu merdeka yang penting.

PELAJARAN

Soal pelajaran merupakan suatu permasalahan sosial dalam masyarakat Melayu.Kelemahan dan kemunduran orang Melayu dalam pelajaran sudah sering dibicarakan, dibahas dan dibincangkan di mana-mana sahaja sama ada di dada-dada akhbar atau majalah, di media eletronik dan juga dipentas forum, seminar dan sebagainya.Apa yang ingin diterapkan di dalam sanubari orang-orang Melayu di masa itu adalah untuk melahirkan generasi yang menyedari bahawa pelajaran adalah suatu keperluan yang penting untuk mengubah "warna" dan "corak" penghidupan mereka di masa akan datang.

Program KelasEnglish.Com
Semua orang Melayu mesti sedar bahawa, zaman sering berubah. Dunia hari ini wujud dalam permodenan dan berlandaskan ilmu sains dan teknologi.Kehidupan manusia menjadi bertambah kompleks.Persaingan dalam peluang-peluang pekerjaan menjadi bertambah sempit, lantaran itu penghidupan orang Melayu khususnya yang bergelar pelajar ditagih untuk berusaha lebih keras ke arah mencapai cita-cita hidup yang lebih baik dan sempurna. Bak kata orang, kalau bapa menjadi penoreh getah, tak akan si anak juga menjadi penoreh getah.


Sudah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meninggikan dan meluaskan lagi pelajaran khususnya yang berpengantar Bahasa Melayu.Selain dari itu, beberapa usaha dilaksanakan melalui mewujudkan dasar untuk memperbanyakan ruang pengajian anak-anak Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi.Tidak lupa juga dijalankan penyelidikan tentang kemajuan pelajaran anak-anak Melayu dari suatu masa ke suatu masa.Pandangan dan pendapat pakar sentiasa diberi perhatian dan keutamaan dalam mewujudkan program dan dasar.Kita ingin tahu dimanakah letaknya masalah dan ranjau yang dihadapi oleh anak-anak Melayu untuk mencapai tahap yang tinggi dalam pelajaran?Mengapakah mereka pada peringkat sekolah rendahnya begitu maju dan hebat, tetapi tiba di peringkat atas menjadi mundur dan lemah? Mengapakah murid Melayu nampaknya kurang berminat atau kurang berkebolehan dalam mata pelajaran yang berasaskan Matematik, Sains dan Teknologi?Mengapakah kedudukan kecerdasan dan kepintaran otak masih tidak setanding dengan anak-anak bangsa lain?Apakah perhubungan antara keadaan dan kelengkapan sosial dirumah tidak mencukupi untuk membangunkan keupayaan mereka?Apakah terdapat suatu pertembungan antara "value system yang didapati di rumah dengan yang mereka perolehi di sekolah, kolej atau universiti?