BERHENTI MEROKOK

Friday, February 10, 2012

TAUBAT NASUHA


TAUBAT SEJATI

Apakah sebenarnya “taubat nasuha”? Ramai yang mungkin tidak mengetahuinya. Ini yang amat menyedihkan. Ini yang amat mendukacitakan. Jahilnya umat Islam, terutamanya bangsa Melayu yang tidak pernah mahu belajar tentang agama. Terlalu leka dengan keduniaan. Carilah ilmu agama selagi nafas masih ada..
Sudah Bertaubatkah Kita?

Jika dihitung umur kita di dunia ini dengan amalan kebajikan yang kita telah kerjakan maka sudah pastilah amalan kebajikan yang kita pernah kerjakan amatlah sedikit sekali jika dibandingkan dengan dosa-dosa kita. Bagaimanakah rasanya jika kita dihadapkan di hadapan Allah Taala dengan dosa-dosa yang melimpah-ruah? Sedangkan kita diberikan kesempatan yang begitu luas di dunia ini untuk bertaubat dan kembali kepadaNya. Mungkin dengan tulisan ringkas ini akan memberikan peringatan kepada saya dan orang lain untuk sama-sama kita bertaubat di atas segala dosa samada dari dosa kecil ataupun dosa besar.


Online Publishing and Marketing

PENGERTIAN TAUBAT

Taubat memberi pengertian kembali daripada apa-apa yang tercela di sisi syarak kepada apa-apa yang terpuji di sisinya.


ANTARA DALIL-DALIL TAUBAT

Firman Allah Taala bermaksud:


Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah an-Nur: ayat 31).


Firman Allah Taala bermaksud:


Mohonlah keampunan dari tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya. (Surah Hud: ayat 52).
Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (yang semurni-murninya). (Surah at-Tahrim: ayat 8).


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:


Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan beristigfarlah kepadaNya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali. (Riwayat Muslim).


HUKUM DAN SYARAT-SYARAT TAUBAT

Berkata Imam Nawawi:
Taubat daripada segala dosa adalah wajib. Sekiranya maksiat tersebut hanya di antara hamba dan Allah Taala iaitu tidak berhubungkait dengan hak-hak anak Adam maka terdapat tiga syarat:

1.Meninggalkan maksiat.
2.Menyesal dengan perlakuan tersebut.
3.Berazam tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya.

Sekiranya gugur salah satu daripada syarat tadi maka taubat tersebut tidak sah. Jika maksiat itu berkaitan dengan anak Adam maka syaratnya ada empat iaitu tiga yang disebutkan tadi dan keempatnya ialah pelepasan daripada tuan empunya. Jika harta atau sebagainya maka hendaklah dikembalikan kepada tuannya. Jika ia termasuk hak-hak anak Adam tidak kira apa jua seperti had menuduh atau seumpamanya maka hendaklah minta dihalalkan daripadanya. Dia juga wajib bertaubat daripada segala dosa.



Di antara syarat-syarat lain ialah meninggalkan kawan-kawan yang jahat serta menjauhkan diri daripada orang-orang yang fasik yang boleh menggalakkan seseorang itu melakukan maksiat dan menjauhkan daripada taat. Kemudian bergaullah dengan orang-orang yang baik lagi jujur.



Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga datang ajal kepada seseorang di antara mereka barulah ia mengatakan: Sesungguhnya sekarang saya bertaubat. Dan tidak pula (diterima taubat) orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang itu sudah kami sediakan seksa yang pedih. (Surah an-Nisa: ayat 17 dan 18).



confused_300x250

TAUBAT ORANG AWAM

Adapun ahli tasawuf bukan sahaja tertumpu kepada taubat daripada maksiat kerana pada pandangan mereka ia adalah taubat orang awam. Bahkan mereka bertaubat lebih dari itu iaitu bertaubat daripada semua perkara yang boleh menyibukkan hati dari mengingati Allah Taala setiap masa.



Berkata Dzun Nun al-Mishri iaitu seorang sufi yang agung:

Taubat orang awam adalah daripada segala dosa sementara taubat golongan khawas (gologan khusus yang hampir kepada Allah Taala) adalah dari kelalaian.

KISAH IKTIBAR

Kisah ini ada diriwayatkan di dalam sahih Muslim iaitu kisah pembunuh yang membunah seratus orang. Pembunuh itu diberi panduan dan jalan oleh seorang yang paling alim di zamannya bahawa Allah Taala akan menerima taubatnya. Orang alim tadi memberikan syarat kepadanya agar meninggalkan suasana persekitaran yang rosak kerana persekitaran di antara faktor besar yang menyebabkan dia melakukan kejahatan. Kemudian pembunuh itu pergi ke tempat yang di maksudkan. Di sana terdapat orang mukmin yang soleh agar dia mencintai orang-orang yang soleh serta dia dapat diberikan tunjuk ajar dari mereka.




PINTU TAUBAT MASIH DIBUKA

Sesungguhnya pintu taubat masih lagi terbuka kepada semua manusia sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Maka bersegeralah kita semua untuk bertaubat kepadaNya sebelum terlambat.



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. (Riwayat Muslim).



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada gembiranya seorang yang kehilangan bekal bersama untanya di sebuah padang yang tandus kemudian dia mendapatkannya kembali unta itu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).



PENUTUP

Sebagai hambaNya yang amat lemah adalah kita dituntut supaya sentiasa bertaubat di atas segala dosa yang pernah kita kerjakan. Contohilah Rasulullah S.A.W. yang sentiasa bertaubat kepada Allah Taala walaupun baginda seorang yang maksum. Jadi marilah kita memperbanyakkan taubat dengan taubat nasuha agar hati kita sentiasa suci bersih dari sebarang kekotoran dan kejahatan yang boleh menyebabkan hati menjadi lalai dari mengingatiNya.



PERSOALAN

Adakah dikira bersih dari dosa apabila kedua-dua pasangan berzina melangsungkan perkahwinan mereka. Adakah perhubungan dulu diampunkan jika mereka dikenakan hukuman? Bagaimanakah kedudukan anak yang dilahirkan hasil hubungan terdahulu.



JAWAPAN:

Tak dikira bersih daripada dosa jika pasangan yang berzina walaupun mereka berkahwin sekalipun kerana pembersihan dosa hanyalah akan berlaku sekiranya berlaku perkara berikut iaitu jika mereka dikenakan hukum hudud mengikut al-Quran serta jika kedua-dunya bertaubat dan meminta ampun di sisi Allah SWT.



Perkahwinan mereka dianggap sah selepas kedua-duanya bertaubat dengan taubat nasuha dan menyesali terhadap apa yang mereka lakukan dan banyak melakukan amal kebajikan selepasnya sebagai menutupi segala dosa yang sudah dilakukan.



Firman Allah SWT: “Penzina lelaki tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina perempuan, atau dengan perempuan musyrik, dan penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina lelaki atau dengan lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang yang beriman.” (Surah An-Nur ayat 3).



Jika ditakdirkan pasangan itu mengahwini orang lain, maka perkahwinan itu adalah sah kerana masing-masing sudah bertaubat dan kembali kepada Allah SWT. Adapun anak yang dilahirkan hasil daripada zina adalah milik ibu saja kerana Rasul SAW menjelaskan dalam sabdanya bermaksud:



“Anak yang dilahirkan hasil zina adalah milik si ibu dan lelaki penzina hanya memiliki bilik tidur saja”. (Al-Hadis). Ini bermakna anak tadi tidak dibinkan kepada bapanya walaupun kedua-duanya sudah bertaubat kerana apabila pasangan berzina, maka anak itu dikira makhluk daripada air yang pertama ciptaan asal bagi manusia.


Thursday, January 26, 2012

LIMA TANDA HATI KERAS MEMBATU


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah.

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah.

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

KHASIAT ASMA AL-HUSNA


MyQuranDigital.com
Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju. 32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. ..

45. "Ya M uji ib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Di pos oleh Arbain bin Muhayat pada 02 November 2008

Thursday, April 1, 2010

PANDUAN MENINGKATKAN KUALITI LAYANAN URUSAN MELALUI TELEFON.

Hari ini, anda akan dipaparkan tentang nota PTK yang berkaitan dalam PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM atau PKPA.
Panduan ini saya perolehi dari PKPA:PANDUAN MENINGKATKAN KUALITI LAYANAN URUSAN MELALUI TELEFON

A:TUJUAN

Panduan ini mengutarakan pendekatan empat peringkat bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberi oleh semua yang terlibat dengan layanan urusan melalui telefon. Ianya bukan sahaja ditujukan kepada operator telefon yang khusus ditugaskan untuk menyambut dan menyambung panggilan-panggilan, malahan juga kepada semua staf dan pegawai dalam organisasi seperti pembantu khas, ketua kerani dan pegawai-pegawai yang terlibat menyambut panggilan telefon.

Keempat-empat peringkat dalam panduan ini ialah:



Peringkat Pertama: Persediaan
Peringkat Kedua: Sambutan Panggilan
Peringkat Ketiga: Pengendalian Panggilan
Peringkat Keempat: Menamatkan Panggilan

2. Amalan dan senarai semak mengenai langkah serta tindakan yang terdapat dalam keempat-empat peringkat dalam panduan ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai bagaimana operator telefon perlu bersedia sebelum memulakan tugas dan juga cara mana semua pihak yang terlibat dalam urusan melalui telefon melayani panggilan-panggilan telefon.

3. Dengan menghayati dan mengamalkan langkah dan tindakan seperti yang dikemukakan
dalam panduan ini adalah diharapkan kualiti perkhidmatan yang diberi oleh pegawai dan staf yang berurusan melalui telefon dapat ditingkatkan dan pelanggan akan merasa puas hati dengan perkhidmatan yang diterima.

B:PERKHIDMATAN TELEFON YANG BERKUALITI



1. Telefon merupakan alat perhubungan moden yang sangat penting. Alat ini jika dikendalikan dengan baik akan dapat mewujud dan mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan serta dapat meningkatkan imej organisasi di kacamata orang ramai.

2. Perkhidmatan telefon yang berkualiti perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem telefon yang memudahkan perhubungan
b. Layanan urusan telefon yang berkualiti
c. Operator telefon, pembantu khas dan pegawai-pegawai yang berpengetahuan

Sistem Telefon Yang Memudahkan Perhubungan
1. Sistem telefon yang memudahkan perhubungan mesti dilengkapi dengan ciri-ciri moden dan kebolehan-kebolehan tertentu antaranya:
i. Boleh menyusun panggilan masuk mengikut giliran.
ii. Boleh menyalurkan panggilan ke satu sambungan yang telah ditetapkan jika queue panggilan masuk adalah melebihi 3, operator telefon tidak berada di tempatnya atau selepas waktu pejabat.
iii. Sambungan penting boleh berfungsi sebagai talian terus bagi menerima panggilan masuk tanpa melalui operator telefon.
iv. Boleh memainkan muzik atau menyampaikan maklumat yang telah dirakamkan, semasa menunggu panggilan disambungkan.
v. Boleh memutarkan kembali pesanan sekiranya panggilan masih belum dilayan selepas satu jangkamasa yang telah ditetapkan, misalnya "Kami minta maaf kerana talian masih sibuk. Kami akan melayan anda sebentar lagi".
vi. Kemudahan untuk operator telefon mengganggu sesuatu sambungan jika ada panggilan yang mustahak.
vii. Boleh berfungsi semasa ketiadaan bekalan elektrik. Dalam keadaan ini, sambungansambungan tertentu akan berfungsi sebagai talian terus secara automatis.
viii. Boleh memindahkan panggilan masuk daripada operator telefon yang sibuk kepada telefon yang tidak sibuk secara automatis.

Layanan Yang Berkualiti

1. Layanan urusan melalui telefon yang berkualiti boleh terhasil apabila beberapa amalan penting seperti berikut dilakukan:
i. Layanan yang mesra, bersopan dan bertanggungjawab.
ii. Bercakap dengan mengamalkan ciri-ciri suara yang baik, antaranya:
• Suara yang sederhana iaitu tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan,menyenangkan pendengaran pemanggil.
• Sebutan yang terang dan jelas akan menyenangkan perhubungan.
• Suara yang ramah menyenangkan hati pelanggan untuk perhubungan.
• Tekanan suara yang lembut dan menarik memberi gambaran yang baik mengenai
personaliti kita.
iii. Senyum semasa bercakap.
iv. Elakkan daripada kedengaran bosan dan keletihan semasa melayan panggilan.
v. Jangan biarkan emosi mempengaruhi tugas.
vi. Sentiasa ingati nama pemanggil yang sering membuat panggilan dan sambut panggilan dengan menyebut nama mereka.
vii. Jangan membiarkan pemanggil tertunggu-tunggu tanpa alasan.
viii. Sentiasa memohon maaf jika terpaksa membiarkan pemanggil menunggu lama.
ix. Bersedia membantu tanpa diminta.
x. Pegawai dan staf berkenaan hendaklah sentiasa bersedia mengambil pesanan bagi pihak pegawai-pegawai lain yang tidak dapat dihubungi.

Operator Telefon, Pembantu Khas dan Pegawai Yang Berpengetahuan

* Setiap pihak yang terlibat dengan pengendalian urusan melalui telefon semestinya
mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai organisasi sendiri. Antara perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah:

i. Lengkapkan diri dengan maklumat yang terkini mengenai organisasi.
ii. Baca semua risalah dan penerbitan-penerbitan mengenai organisasi.
iii. Pastikan anda berpengetahuan dalam semua perkara yang pihak pengurusan mahu anda mengetahui. Jika anda berpengetahuan anda dapat menyampaikan apa sahaja maklumat mengenai organisasi anda dengan profesional.

* Dengan sistem telefon yang memudahkan perhubungan disertai pula dengan amalan-amalan seperti di atas, kualiti layanan urusan melalui telefon akan dapat ditingkatkan ke tahap yang cemerlang.

PENDEKATAN EMPAT PERINGKAT



Peringkat 1 – Persediaan

* Peringkat Persediaan ini adalah khusus untuk operator telefon. Peringkat ini bertujuan untuk mengingatkan operator telefon mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil sebelum memulakan tugas pada hari tersebut. Antara tindakan penting yang perlu diamalkan adalah:

a. Berada di papan suis telefon lima minit sebelum waktu pejabat dibuka.
b. Pastikan papan suis telefon dalam keadaan boleh berfungsi.
c. Pastikan buku panduan telefon yang terkini dan senarai-senarai nombor berikut ada di sisi setiap masa:

i. Semua pegawai dan staf dalam agensi mengikut bahagian/fungsi/projek masingmasing
bagi memudahkan pemindahan panggilan. Senarai ini hendaklah dikemaskini jika ada perubahan.
ii. Agensi-agensi yang sering dihubungi.
iii. Polis, Bomba, Hospital dan Pengurusan Bangunan.
iv. Pembekal peralatan dan kelengkapan dalam pejabat.
d. Pastikan dokumen berkaitan profail organisasi diletakkan di sisi bagi memudahkan rujukan.
e. Sediakan borang dan pen untuk mencatatkan pesanan untuk pegawai/staf secukupnya.
(Contoh borang pesanan boleh rujuk di PKPA:PANDUAN MENINGKATKAN KUALITI LAYANAN URUSAN MELALUI TELEFON).
f. Pastikan persekitaran tempat letak telefon dalam keadaan bersih dan teratur.
g. Pastikan buku daftar pergerakan staf disediakan, jika operator telefon mengendalikan
kaunter penyambut tetamu.
h. Maklumkan kepada pegawai pentadbir sekiranya perlu meninggalkan kaunter.
i. Pastikan ada pengganti sebelum meninggalkan papan suis telefon.

Peringkat 2 - Sambutan Panggilan

Peringkat ini melibatkan semua pihak yang terlibat dengan sambutan panggilan telefon iaitu operator telefon, pembantu khas dan pegawai. Ia bermula apabila pemanggil dapat berhubung dengan pihak-pihak yang menyambut panggilan tersebut. Peringkat ini sangat penting kerana ini merupakan peringkat perhubungan yang pertama di antara organisasi dengan pelanggan.Gambaran pertama yang baik boleh meningkatkan persepsi pelanggan terhadap organisasi.

Peringkat ini bertujuan untuk memberi panduan kepada mereka yang terlibat dengan
sambutan panggilan telefon mengenai amalan-amalan baik semasa melayani panggilan
daripada pelanggan. Antara contoh-contoh amalan yang perlu dilakukan adalah :

a. Menjawab panggilan dengan segera iaitu sebelum dering kedua atau selewat-lewatnya
semasa dering ketiga.
b. Pegang gagang telefon kira-kira 11/2 inci daripada mulut bila menjawab panggilan
supaya suara dapat didengar dengan jelas oleh pemanggil.
c. Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja anda
mengangkat gagang telefon.

Contoh beberapa sebutan adalah seperti berikut:



Bagi Operator Telefon

Sebut ucapan selamat diikuti dengan nama organisasi.
Contoh:
”Selamat pagi, Kementerian Perusahaaan Awam”

Bagi Pembantu Khas

Sebut ucapan selamat diikuti dengan nama pejabat atau nama gelaran pegawai anda.
Contoh:
”Selamat pagi, Pejabat Ketua Pengarah, Pembantu Khas bercakap”
Atau,
”Selamat pagi, Pembantu Khas Pengarah Operasi”
Atau,
”Selamat pagi, Pejabat Dr. Azman”.

Bagi Pegawai-pegawai
Sebut ucapan selamat diikuti dengan nama jawatan atau nama individu.
Contoh:
”Selamat pagi, Ketua Kerani bercakap”
Atau,
”Selamat pagi, Mazlan bercakap”

Peringkat 3 - Pengendalian Panggilan

* Seperti peringkat sambutan panggilan, peringkat pengendalian panggilan juga melibatkan operator telefon, pembantu khas dan pegawai. Peringkat ini ialah peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dengan pengendalian panggilan mula memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Oleh yang demikian adalah penting untuk memberi layanan yang bersopan dan memenuhi kehendak pelanggan supaya mereka akan gembira untuk berurusan dengan organisasi kita. Peringkat ini bertujuan untuk memberi panduan kepada mereka yang terlibat dengan cara-cara yang terbaik untuk mengendalikan panggilan. Contoh amalan-amalan yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat adalah seperti berikut:

Operator Telefon
a. Jika pemanggil ingin mendapatkan maklumat umum mengenai organisasi, beri maklumat yang tepat setakat yang anda ketahui.
b. Jika pemanggil masih memerlukan maklumat lanjut, maklumkan kepada pemanggil nama pegawai bertanggungjawab.
c. Jika pegawai bertanggungjawab berada di pejabat sambungkan panggilan. Semasa menyambung panggilan perkara perkara berikut perlu diberi perhatian:

i. Beritahu pemanggil kepada siapa panggilan itu disambungkan.
ii. Sambungkan telefon kepada pegawai berkenaan dengan segera

d. Jika pegawai berkenaan tidak ada di pejabat atau sambungannya sibuk, dapatkan pesanan sekiranya pesanannya ringkas. Bagi pesanan yang rumit, sambungkan panggilan kepada pegawai yang telah dikenalpasti (ketua kerani atau kerani di sesuatu bahagian) untuk melayani panggilan atau mengambil pesanan bagi pihak pegawai bahagiannya. Semua pesanan boleh dicatat dengan menggunakan borang pesanan (Rujuk website). Antara perkara yang perlu diberi perhatian semasa mengisi borang pesanan:
i. Eja nama pegawai yang akan menerima pesanan dan nama pemanggil dengan betul.
ii. Catatkan nombor telefon pemanggil, tarikh dan masa panggilan dengan betul.
iii. Ambil pesanan dengan tepat.
iv. Bacakan semula kepada pemanggil pesanan yang diberi untuk mengesahkan ketepatan pesanan.
e. Elakkan daripada memindahkan panggilan dari seorang pegawai kepada pegawai-pegawai lain tanpa mengambil berat pegawai mana yang benar-benar bertanggungjawab sehingga membuat pemanggil menunggu terlalu lama sebelum dapat bercakap dengan pegawai yang dikehendaki.
f. Jika pemanggil perlu menunggu lebih daripada 1 minit, tanya pemanggil sama ada mahu terus menunggu.
g. Jika pemanggil mahu terus menunggu, beritahu pemanggil dari semasa ke semasa bahawa panggilan masih belum dapat disambungkan.
h. Jika pemanggil mahu meninggalkan pesanan, catatkan pesanan ke dalam borang pesanan.
i. Sambungkan panggilan dengan serta merta apabila pegawai berkenaan telah menamatkan panggilan telefonnya yang terdahulu.
j. Serahkan borang pesanan kepada pegawai berkenaan dengan segera.

Pembantu Khas

a. Jika pemanggil hanya ingin mendapatkan maklumat tertentu beri maklumat tersebut dengan tepat.
b. Jika pemanggil ingin bercakap dengan pegawai anda, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pastikan sama ada pegawai anda mempunyai masa untuk menjawab panggilan telefon itu atau tidak. Jika beliau tidak mempunyai masa pada ketika itu beri alasan yang sesuai kepada pemanggil.

Contoh kata-kata yang sesuai ialah: "Dr.Azmir sedang berbincang dengan pegawainya. Boleh saya dapatkan nama dan nombor telefon tuan, supaya Dr. dapat menelefon anda semula"

ii. Sekiranya panggilan boleh disambungkan kepada pegawai, contoh sebutan seperti berikut adalah sesuai:"Tunggu sebentar, saya sambungkan panggilan"


c. Jika pemanggil mahu meninggalkan pesanan, catatkan pesanan ke dalam borang pesanan. Serahkan pesanan kepada pegawai berkenaan dengan segera.

Pegawai-pegawai

a. Jika pemanggil ingin mendapatkan maklumat terperinci mengenai sesuatu perkara khusus, bantu setakat yang anda ketahui.
b. Jika tidak mempunyai maklumat secukupnya ambil tindakan-tindakan berikut:

i. Minta pegawai yang mempunyai maklumat untuk meneruskan penerangan.
ii. Jika maklumat terperinci memerlukan rujukan lanjut maklumkan kepada pemanggil bahawa maklumat tersebut akan disampaikan kemudian.
iii. Dapatkan butir-butir diri pemanggil bagi membolehkan beliau dihubungi semula apabila maklumat diperlukan telah disediakan.

c. Jangan membiarkan pemanggil menunggu lebih dari 1 minit tanpa alasan.
d. Jika pemanggil ingin bercakap dengan pegawai yang tidak ada di pejabat dapatkan pesanan (jika ada) dengan menggunakan borang pesanan.

Beberapa contoh kata-kata yang sopan seperti berikut boleh dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang terlibat semasa menyambut panggilan.
i. "Dr. Hamid tidak ada di pejabat, boleh saya beritahu beliau siapa yang memanggil?"
ii. "Dr. Musa tidak ada di pejabat pada masa ini, boleh saya mengambil pesanan untuknya?"
iii. "En. Aziz baru keluar dari pejabat, boleh saya beritahu dia siapa yang memanggil supaya beliau boleh membuat panggilan kembali?"
iv. "En. Idris bercuti sehingga hari Sabtu minggu depan, bolehkah saya tolong Encik?"
v. "En. Mazlan meminta saya memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat pada pagi ini."

15. Beberapa contoh kata-kata yang perlu dielakkan semasa menjawab telefon:

a. "Beliau belum sampai di pejabat lagi."
b. "Beliau sudah balik."
c. "Bye-bye."
d. "Beliau sedang minum."
e. "Apa nama awak?"
f. "Ulang balik, saya tak dapat pesanan tadi."
g. "Bagaimana mengejanya?"
h. "Siapa telefon?"
i. "Tunggu dulu."
j. "Dia tak beritahu saya pun mana dia pergi."
k. "Saya tidak tahu mana dia pergi, saya tak jaga dia."
l. "Cepat cakap, saya sibuk sekarang."
m. "Awak tahu apa maksud saya?"

Peringkat 4 Menamatkan Panggilan

16. Peringkat ini juga melibatkan operator telefon, pembantu khas dan pegawai-pegawai. Ia bermula apabila perkhidmatan telah diberikan dan panggilan perlu ditamatkan. Peringkat ini bertujuan untuk memberitahu mengenai cara yang terbaik untuk menamatkan panggilan kerana kesemua hubungan baik yang telah dibina semasa perbualan telefon boleh musnah sekiranya panggilan tidak ditamatkan dengan bijaksana.

17. Contoh amalan yang boleh dilakukan oleh semua mereka yang terlibat adalah:
a. Tamatkan panggilan dengan bersopan dan tidak tergesa-gesa. Ini akan memberi
gambaran kepada pemanggil yang anda suka melayan panggilan mereka.
b. Tamatkan setiap perbualan dengan ucapan yang sesuai seperti contoh berikut:
"Terima kasih dan sila berhubung kembali jika ada sebarang masalah."

D. USAHA-USAHA BERTERUSAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI LAYANAN URUSAN MELALUI TELEFON

18. Untuk memastikan kualiti layanan urusan melalui telefon dipertingkatkan, usaha-usaha penambahbaikan perlu dilakukan secara berterusan. Usaha-usaha ini termasuklah:

a. Menyediakan peralatan telefon yang moden dan memudahkan perhubungan.
Peralatan yang baik dan dibekalkan dengan selengkapnya dapat membantu semua pihak trelibat menjalankan tugas mereka dengan cekap dan berkesan.

b. Memberi latihan kepada operator telefon mengenai:
i. cara mengendalikan alat dan panggilan telefon.
ii. cara melayan urusan telefon yang bersopan.

c. Memberi penerangan kepada operator telefon mengenai tugas, fungsi serta struktur organisasi dari semasa ke semasa supaya pemindahan panggilan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan berkesan dan maklumat yang tepat dan terkini dapat disampaikan kepada pelanggan.

d. Mewujudkan satu sistem bagi merekod pergerakan keluar masuk staf jika operator telefon adalah juga penyambut tetamu di kaunter pintu masuk.

Maklumat dari rekod ini boleh dirujuk oleh operator telefon untuk mengetahui sama ada pegawai/staf berkenaan ada atau tidak ada di pejabat.

E. PENUTUP

19. Perhubungan telefon adalah salah satu bentuk komunikasi utama yang digunakan oleh semua pihak dalam mengendalikan urusan perhubungan setiap hari. Layanan yang memuaskan hati pelanggan adalah kunci bagi memupuk perhubungan yang baik dengan pelanggan dan sesama anggota dalam organisasi. Perkhidmatan telefon yang berkualiti akan hanya dapat diwujudkan sekiranya ada usaha-usaha bersepadu dan berterusan dari semua pihak yang terlibat.

20. Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Dengan yang demikian sewajarnyalah agensi Kerajaan meningkatkan kesedaran dan mengamalkan semua ciri-ciri perkhidmatan telefon yang berkualiti. Amalan ini seharusnya dilakukan bukan sahaja semasa melayani panggilan daripada pelanggan yang bersopan malahan akan lebih dihargai sekiranya dilakukan semasa melayan panggilan daripada pelanggan yang kurang bersopan.

21. Dengan memberi perhatian dan keutamaan yang serius mengenai aspek ini, beberapa
kebaikan seperti berikut dapat dicapai:

a. Imej pejabat Kerajaan dapat ditingkatkan;
b. Pelanggan akan berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan yang diterima;
c. Aliran dan penyaluran maklumat berkesan; dan
d. Suasana kerja yang baik diwujudkan.

22. Walaupun sebahagian dari kita beranggapan bahawa perkhidmatan telefon adalah perkara remeh temeh, namun jika perkhidmatan tersebut dapat diberi dengan baik dan memuaskanhati pelanggan ianya akan dapat memberi gambaran baik mengenai imej organisasi berkenaan. Sebaliknya jika perkhidmatan yang diberikan adalah tidak berkualiti, imejorganisasi akan terjejas di mata pelanggan. Segala usaha untuk memperbaiki urusan melalui telefon merupakan satu lagi langkah untuk menghayati budaya kerja cemerlang.

Saturday, January 2, 2010

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

1. Pendahuluan :

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik.
Pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2. Definisi :

Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

3. Punca Kuasa :

Panitia Mata Pelajaran di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.

4. Objektif :

4.1 Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Mata Pelajaran di sekolah.

4.2 Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru Mata Pelajaran untuk merancang, melaksana, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.

4.3 Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.

4.4 Memantapkan sistem dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan panitia Mata Pelajaran.

4.5 Mempertingkat kualiti pengurusan panitia Mata Pelajaran di sekolah.

5. Penambahbaikan Pengurusan Panitia :

5.1 Sistem Fail

5.1.1 Mengadakan sejumlah 13 buah fail yang mengandungi :
i. Minit Mesyuarat
ii. Maklumat Guru –biodata
iii. Surat Menyurat / Pekeliling
iv. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
v. Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan
vi. Perancangan Peningkatan Panitia
vii. Analisis Ujian dan Peperiksaan
viii. Laporan Program / Aktiviti
ix. Persatuan Mata Pelajaran
x. Perkembangan Staf
xi. Kewangan
xii. Bank Soalan
xiii. Perkara-perkara lain

5.2 Perancangan Peningkatan Panitia

5.2.1 Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi Kurikulum, Ko-Kurikulum
dan Sahsiah. Rancangan ini adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga
hingga lima tahun.

5.2.2 Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam tempoh setahun,
merangkumi semua program dan aktiviti panitia.

5.2.3 Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja bagi setiap aktiviti yang
hendak dijalankan.

5.3 Perkembangan Staf

5.3.1 Merancang dan mengadakan Perkembangan Staf sekurang-kurangnya dua kali
setahun.

5.3.2 Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi antaranya, kaedah pengajaran
dan pembelajaran berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan perkembangan kurikulum terkini.

5.4 Pengurusan Kewangan:

5.4.1 Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang bersesuaian.

5.4.2 Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran - PCG) untuk
meningkatkan keberkesanan P&P seperti mencetak dan membeli buku kerja.

5.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia.

5.5 Laporan Program / Aktiviti:

5.5.1 Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah dijalankan.

5.5.2 Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan dalam bentuk yang
menarik.

5.6 Penyemakan Buku Latihan:

5.6.1 Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun mengikut kelas.

5.6.2 Menghantar buku latihan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan mengikut
jadual yang ditetapkan untuk disemak.

5.6.3 Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia.

5.7 Pengurusan Bilik Khas:

5.7.1 Memastikan bilik berada dalam keadaan bersih dan ceria.

5.7.2 Menggunakan kemudahan bilik untuk amali solat, P&P dan kegiatan
persatuan.

5.7.3 Merekodkan penggunaan bilik dan mengemaskini stok peralatan surau.

5.7.4 Menggunakan senarai semak pengurusan bilik yang dibekalkan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing.


LAMPIRAN
Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran

Pekeliling 1

Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tingkat 12-14,
Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon : 03-2922066
50604 Kuala Lumpur. Kawat : Pelajaran
Ruj. Kami : KB(BS)8591/Jld.II/(44)
Tarikh : 13 Mac, 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.
Y.B. Datuk/Tuan,

Per: Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran- pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

Latar Belakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

Struktur dan Organisasi

3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran).
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automotik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mensyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran;-

3.2.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;
3.2.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
3.2.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/ target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;
3.2.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik.

Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.

3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan
3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pelajaran dan pembelajaran;
3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara `ad-hoc’ jika perlu;
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan

4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

t.t

(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR)
Bahagian Sekolah
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.



Pekeliling 2

Surat Pekelilng Ikhtisas Bil 2/1996

Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.VII (33), dikeluarkan pada 24 Jun 1996
Tajuk : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) Kementerian Pendidikan amat memandang berat terhadap sebilangan pelajar yang tidak menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian, seperti tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar, tidak mengikat tali leher dengan kemas, tidak mengancing butang baju, berkasut kotor atau tidak berkilat, tidak memakai kain samping dengan kemas, tidak menyikat rambut dengan rapi serta tabiat-tabiat lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang tidak diingini. Fenomena ini jika tidak ditangani segera dikhuatiri akan menjejaskan hasrat dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan negara kita ke taraf dunia.
b) Harus diingat bahawa penampilan pelajar dalam masyarakat mencerminkan corak pendidikan yang diterimanya di sekolah. Matlamat pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta berketrampilan tidak akan tercapai sekiranya pelajar masih belum dapat menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi.
c) Semua sekolah diminta mengambil langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik dapat dilakukan.

Pekeliling 3

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 15/1998

Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XIV (15), dikeluarkan pada 25 Julai 1998
Tajuk : Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa keputusan Kementerian Pendidikan bahawa semua
urusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah dipertanggungjawabkan kepada Sektor/Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri. Manakala penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam antara negeri pula akan terus dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan.


Pekeliling 4

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999

Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XV (3), dikeluarkan pada 9 Mac 1999
Tajuk : Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
Tujuan : Untuk :
a) Memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bertarikh 1 Julai 1963 mengenai buku Rekod Mengajar Guru.
b) Memaklumkan bahawa Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Rekod ini bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki.

Pekeliling 5

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1999

Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XV (5), dikeluarkan pada 11 Mei 1999
Tajuk : Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan
dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah sama ada di pejabat, di kawasan sekolah atau di dalam bilik darjah adalah dilarang sama sekali melibatkan diri dalam apa jua bentuk kegiatan berunsur politik.
b) semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Staf Sokongan yang ingkar dengan larangan di atas boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tataterbib ) 1993 dan mana-mana murid yang terlibat dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang ada.
c) semua Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar adalah diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, staf dan murid yang didapati bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas.

Click Here to share this page with your friends, website visitors, ezine readers, social followers and other online contacts.

Wednesday, November 25, 2009

BILA AYAM AJAR ANAKNYA JADI AYAM

Menyingkap tulisan T.S Lanang di suatu ketika dahulu.

Ditulis tentang pendidikan yang berkaitan dengan 3M.Diberi takrif tentang pendidikan dan pelajaran.


Pendidikan ialah perihal mendidik;didikan, latihan, ajaran. Akar perkataan itu ialah didik."Didik" mengikut kamus ialah pelihara, jaga, ajar.
Pelajaran ialah segala sesuatu yang dipelajari, latihan. Akar kata ialah ajar yang ditakrifkan sebagai petunjuk supaya diketahui.

RUMUSAN:
Pelajaran ialah cara bagaimana masyarakat mendidik ahli-ahli masyarakatnya supaya menjadi ahli yang baik dan dapat diterima oleh masyarakat.

Friday, February 13, 2009

CHASE ACADEMIC EXCELLENCE

This site is containing about education in Malaysia and all over the country in the world. But, most probably I like to write about Malaysia education system from the past until now.


What can we define about "excellence of academic"? From dictionary,"excellence" means "get the best achievement or performance in any fields of the works..."