BERHENTI MEROKOK

Wednesday, January 28, 2009

PELAJARAN

Soal pelajaran merupakan suatu permasalahan sosial dalam masyarakat Melayu.Kelemahan dan kemunduran orang Melayu dalam pelajaran sudah sering dibicarakan, dibahas dan dibincangkan di mana-mana sahaja sama ada di dada-dada akhbar atau majalah, di media eletronik dan juga dipentas forum, seminar dan sebagainya.Apa yang ingin diterapkan di dalam sanubari orang-orang Melayu di masa itu adalah untuk melahirkan generasi yang menyedari bahawa pelajaran adalah suatu keperluan yang penting untuk mengubah "warna" dan "corak" penghidupan mereka di masa akan datang.

Program KelasEnglish.Com
Semua orang Melayu mesti sedar bahawa, zaman sering berubah. Dunia hari ini wujud dalam permodenan dan berlandaskan ilmu sains dan teknologi.Kehidupan manusia menjadi bertambah kompleks.Persaingan dalam peluang-peluang pekerjaan menjadi bertambah sempit, lantaran itu penghidupan orang Melayu khususnya yang bergelar pelajar ditagih untuk berusaha lebih keras ke arah mencapai cita-cita hidup yang lebih baik dan sempurna. Bak kata orang, kalau bapa menjadi penoreh getah, tak akan si anak juga menjadi penoreh getah.


Sudah banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk meninggikan dan meluaskan lagi pelajaran khususnya yang berpengantar Bahasa Melayu.Selain dari itu, beberapa usaha dilaksanakan melalui mewujudkan dasar untuk memperbanyakan ruang pengajian anak-anak Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi.Tidak lupa juga dijalankan penyelidikan tentang kemajuan pelajaran anak-anak Melayu dari suatu masa ke suatu masa.Pandangan dan pendapat pakar sentiasa diberi perhatian dan keutamaan dalam mewujudkan program dan dasar.Kita ingin tahu dimanakah letaknya masalah dan ranjau yang dihadapi oleh anak-anak Melayu untuk mencapai tahap yang tinggi dalam pelajaran?Mengapakah mereka pada peringkat sekolah rendahnya begitu maju dan hebat, tetapi tiba di peringkat atas menjadi mundur dan lemah? Mengapakah murid Melayu nampaknya kurang berminat atau kurang berkebolehan dalam mata pelajaran yang berasaskan Matematik, Sains dan Teknologi?Mengapakah kedudukan kecerdasan dan kepintaran otak masih tidak setanding dengan anak-anak bangsa lain?Apakah perhubungan antara keadaan dan kelengkapan sosial dirumah tidak mencukupi untuk membangunkan keupayaan mereka?Apakah terdapat suatu pertembungan antara "value system yang didapati di rumah dengan yang mereka perolehi di sekolah, kolej atau universiti?

No comments:

Post a Comment

Please write anything you like.